KARNIVAL SUKAN TEKUN NASIONAL KALI KE-2 ( SUKTEN@2 )
TAHUN 2016
SYARAT-SYARAT AM KEJOHANAN
1.
NAMA
Kejohanan
ini dinamakan KARNIVAL SUKAN TEKUN
NASIONAL KALI KE-2 ( SUKTEN@2 ).
2.
PENGELOLA
2.1 Kejohanan ini akan dikelolakan oleh Kelab Kebajikan, Sukan
dan Rekreasi TEKUN Nasional ( KESURA
TEKUN ).
2.2 KESURA TEKUN akan membentuk sebuah Jawatankuasa Teknikal
Pertandingan bersama Institut Penilaian Negara ( INSPEN ) bagi mengendalikan
semua jenis sukan yang dipertandingkan.
3.
PENYERTAAN DAN KELAYAKAN PESERTA
3.1 Kejohanan ini terbahagi kepada 5 Zon/Wilayah seperti di bawah dan terbuka kepada semua warga kerja
TEKUN Nasional dan subsidiari-subsidiari di bawahnya.
i.
WILAYAH TENGAH - Ibu Pejabat / Selangor / Wilayah
Persekutuan
ii.
WILAYAH SELATAN – Johor / Negeri Sembilan / Melaka
iii.
WILAYAH TIMUR – Terengganu / Kelantan / Pahang
iv.
WILAYAH UTARA – Perak / Kedah / Perlis / Pulau Pinang
v.
WILAYAH BORNEO - Sabah / Sarawak
3.2 Setiap Zon/Wilayah dibenarkan menghantar SATU KONTINGEN sahaja dengan bilangan
peserta seramai 110 ORANG ( MAKSIMUM ) dengan kuota seperti
berikut:-
3.2.1 Peserta mestilah terdiri daripada Warga Kerja yang sedang
berkhidmat dengan TEKUN Nasional atau subsidiari-subsidiari di bawahnya.
3.2.2 Pekerja kontrak / sementara / sambilan adalah sedang
berkhidmat dengan TEKUN Nasional atau subsidiari-subsidiari di bawahnya.
3.2.3 Selebihnya adalah daripada Warga Kerja yang bertaraf TETAP.
3.3 Setiap peserta dibenarkan mengambil bahagian dalam dua ( 2 ) acara sukan yang
dipertandingkan kecuali acara Larian SUKTEN ( penyertaan diambil dikalangan
atlet yang sedia ada ).
3.4 Setiap kontingen dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja bagi menyertai
setiap acara yang dipertandingkan kecuali acara Larian SUKTEN.
3.5 Semua pegawai dan peserta yang mengambil bahagian dalam
pertandingan ini adalah secara sukarela dan kemahuan sendiri. Pihak Pengelola SUKTEN@2
TAHUN 2016 ini tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan harta
benda, kerosakan kenderaan atau kecederaan serta kemudaratan kepada anggota
peserta semasa dan selepas kejohanan ini.
4.
PENDAFTARAN
4.1 Semua pasukan yang mengambil bahagian hendaklah
mendaftarkan pemain-pemain di dalam borang yang disediakan. Bilangan peserta yang didaftarkan adalah
seperti yang dinyatakan di dalam syarat-syarat pertandingan setiap jenis acara
yang dipertandingkan. Semua borang-borang pendaftaran ini hendaklah diserahkan
kepada urusetia Pengelola pada satu tarikh yang akan ditetapkan.
4.2 Mana-mana peserta-peserta bagi pasukan masing-masing yang
telah didaftarkan dengan urusetia pertandingan akan diterima pakai sebagai
pendaftaran terakhir sehinggalah ke pertandingan terakhir bagi acara yang
berkenaan.
4.3 Segala pindaan atau pertukaran nama peserta bagi pasukan
masing-masing hanya boleh dibuat sebelum pertandingan bermula atau sebelum
pertandingan pertama dimulakan bagi acara tersebut.
5.
SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Sesuatu pertandingan hanya akan dapat dijalankan atau
diadakan sekiranya terdapat tiga ( 3 ) pasukan yang mengambil bahagian.
5.2 Acara pertandingan akan diadakan secara liga dan kiraan mata akan menentukan
kejuaraan kecuali bagi acara Tenpin
Boling, Golf dan Larian SUKTEN.
5.3 Johan dan Naib Johan
akan ditentukan berdasarkan pungutan mata dalam liga pertandingan dan dikira
sebagai pemenang.
5.4 Satu senarai penuh susunan pemain yang akan mengambil
bahagian dalam pertandingan hendaklah diserahkan kepada Urusetia/Pengurus
Pertandingan/Pengadil Kehormat 15 minit sebelum pertandingan bermula.
5.5 Pasukan yang bertanding mestilah berada di gelanggang/padang
15 minit sebelum masa pertandingan yang dijadualkan bermula dan mana-mana
pasukan yang dijadualkan bertanding gagal/lewat menghadirkan diri selepas 10
minit akan dikira memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pasukan lain yang
hadir. Pasukan yang gagal/lewat hadir
akan didenda mengikut peraturan minus
point.
6.
UNDANG-UNDANG PERMAINAN
6.1 Semua acara yang dinyatakan seperti berikut akan
dijalankan berdasarkan undang-undang antarabangsa iaitu acara bola sepak, bola
tampar, badminton, bola jaring, dart, tenpin bowling, karom dan golf.
6.2 Sekiranya didapati perselisihan tafsiran/keputusan
undang-undang maka segala tafsiran/keputusan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan adalah muktamad.
6.3 Semua peralatan yang ditentukan oleh Jawatankuasa
Pengelola akan menjadi alatan rasmi kejohanan ini.
6.4 Semua keputusan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa
Pengelola atau Jawatankuasa Rayuan, Bantahan atau Disiplin dengan syarat-syarat
dan peraturan serta undang-undang pertandingan bagi setiap acara adalah
muktamad.
7.
RAYUAN DAN BANTAHAN
7.1 Setiap pasukan yang ingin membuat bantahan atau rayuan
mengenai sesuatu keputusan pertandingan, hendaklah memberitahu Pengadil
Kehormat atau Urusetia Pertandingan secara lisan terlebih dahulu tidak lewat 15
minit selepas tamat pertandingan.
7.2 Bantahan hendaklah dikemukakan dalam masa 30 minit
selepas tamat permainan dan hendaklah menggunakan borang rasmi yang boleh
diperolehi daripada Urusetia Pengelola pertandingan dan diserahkan kepada
Pengerusi Jawatankuasa Rayuan, Bantahan dan Disiplin.
7.3 Setiap bantahan hendaklah dikemukakan bersama wang tunai RM300. Sekiranya Jawatankuasa Rayuan,
Bantahan dan Disiplin mendapati ianya tidak wajar dan ditolak, kesemua wang
tersebut akan menjadi sumbangan kepada Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi
TEKUN Nasional.
7.4 Sekiranya bantahan itu didapati wajar dan diterima, maka
wang sebanyak RM200 akan dikembalikan dan bakinya akan menjadi wang sumbangan
kepada Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi TEKUN Nasional.
7.5 Sekiranya ada di antara pemain/pasukan yang membantah
pengadil yang menyebabkan pertandingan pada hari itu terbatal atau terpaksa
ditangguhkan oleh Jawatankuasa pertandingan sebelum pertandingan tamat atau
dengan bantahan tersebut tercetus pergaduhan antara pemain/pasukan atau
kekacauan dari penyokong maka, pasukan tersebut yang dikenalpasti akan dikira
kalah walaupun sebelum kejadian itu berlaku, pasukannya beroleh kemenangan.
Pasukan berkenaan juga boleh dihukum seperti Undang-Undang 9.
8.
JADUAL PERTANDINGAN
8.1 Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan
tempat akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.
8.2 Tarikh, tempat dan masa pertandingan yang akan
ditetapkan/jadual tidak boleh diubah atau ditangguhkan oleh pasukan yang
menyertai pertandingan ini.
8.3 Penangguhan sebarang acara pertandingan tidak dibenarkan
kecuali atas persetujuan Jawatankuasa pengelola pertandingan atau pengadil
perlawanan. Penangguhan ini adalah muktamad.
9.
MENARIK DIRI ATAU GAGAL MENGHADIRKAN DIRI
9.1 Jika mana-mana pasukan menarik diri atau gagal
menghadirkan diri tanpa alasan munasabah sebelum sesuatu pertandingan
dimulakan, maka pasukan berkenaan akan didenda dan dianggapkan kalah.
9.2 Mana-mana pemain/pasukan yang boleh dihukum menurut
peraturan 9.1 akan dikenakan denda penolakan 2 mata dari mata keseluruhan kontingen.
10.
KESELAMATAN
10.1 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas
keselamatan diri dan barang-barang pegawai dan pemain-pemain sepanjang
kejohanan ini. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Pengelola akan sentiasa
mengambil langkah-langkah menentukan aspek-aspek keselamatan pegawai dan pemain
terkawal.
11.
SISTEM MATA PENENTUAN JOHAN KESELURUHAN
11.1 Semua acara akan memberikan himpunan mata kontingen
seperti berikut:-
Johan - 5 mata
Naib Johan
- 3 mata
Ketiga
- 1 mata
11.2 Setiap kontigen yang menyertai acara perbarisan akan
diberi satu ( 1 ) mata.
11.3 Sekiranya berlaku johan bersama, maka mata johan bersama
tetap 5 mata.
11.4 Johan keseluruhan dikira daripada jumlah mata 13 acara yang dipertandingkan seperti
berikut:-
i.
Bola
sepak
ii.
Bola
tampar
iii.
Bola
jaring
iv.
Badminton
v.
Tenpin
boling
vi.
Dart
vii. Ping pong
viii. Karom
ix.
Congkak
x.
Batu
seremban
xi.
Tarik
tali
xii. Golf
xiii. Larian SUKTEN
Johan
keseluruhan kejohanan adalah kontingen yang memperolehi jumlah himpunan mata
terbanyak dari acara sukan yang dipertandingkan.
11.5 Sekiranya ada dua atau lebih kontingen yang sama mata,
jumlah bilangan johan dalam acara yang diperolehi akan diambil kira.
11.6 Sekiranya masih sama, melalui jumlah bilangan naib johan dalam
acara yang diperolehi akan diambil kira bagi menentukan johan keseluruhan.
12.
HADIAH
Hadiah
untuk semua jenis sukan yang dipertandingkan akan disediakan sehingga tempat kedua sahaja kecuali acara
Larian SUKTEN.
13.
PIALA PUSINGAN
Piala
Pusingan yang sedia ada diselaraskan oleh Jawatankuasa Induk:
i.
Atlet
Terbaik Lelaki
ii.
Atlet
Terbaik Wanita
iii.
Kontingen
Terbaik / Juara Keseluruhan
• Johan &
Naib Johan
14.
PERKARA AM
14.1 Semua peraturan di dalam undang-undang ini dianggap
dipatuhi dan diterima bersama oleh semua kontingen yang mengambil bahagian di
dalam pertandingan pada kejohanan kali ini.
14.2 Jawatankuasa pengelola adalah berkuasa mentafsirkan
undang-undang ini dan memutuskan mana-mana fasal yang tidak bercatat.
15.
ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
i.
Bola
sepak
ii.
Bola
tampar ( L )
iii.
Bola
jaring
iv.
Badminton
berpasukan campuran
v.
Tenpin
boling berpasukan campuran
vi.
Dart
vii. Ping pong
viii. Karom berpasukan campuran
ix.
Congkak
x.
Batu
seremban
xi.
Tarik
tali
xii. Golf
xiii. Larian SUKTEN
16.
TARIKH DAN TEMPAT
i.
Tarikh
Kejohanan : 18 – 20 November 2016 ( Jumaat – Ahad
)
ii.
Venue Pertandingan &
: Institut
Penilaian Negara ( INSPEN ),
Penginapan Kajang
Selangor
iii.
Majlis Perasmian : Stadium INSPEN
Tetamu
Kehormat : YB Menteri Pertanian & Industri
Asas Tani
iv.
Majis Penutup & : Dewan Banquet INSPEN
Majlis Makan Malam
Tetamu
Kehormat : YB Timbalan Menteri Pertanian &
Industri Asas Tani
17.
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : YBrs.
Encik Redzuan bin Yaacob
TKPE Kanan Transformasi & Pengurusan Projek
Pengerusi
KESURA TEKUN : Encik Mohd Zamri bin Mohd Ali
18.
JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengarah
Projek : Encik
Eddy Nor Iswan bin Ismail
Timb. Pengarah
Projek : Encik
Mohd Azam bin Ramli
Penyelaras : Encik Faizal Amini bin Mohd Yunus
Setiausaha : Cik Aminah binti Abdul Malek
Jawatankuasa Kerja :
i.
Jawatankuasa
Kerja Urusetia
ii.
Jawatankuasa
Kerja Penginapan
iii.
Jawatankuasa
Kerja Kemudahan & Pengangkutan
iv.
Jawatankuasa
Kerja Hadiah
v.
Jawatankuasa
Kerja Perasmian / Sambutan / Protokol dan Publisiti
vi.
Jawatankuasa
Kerja Keselamatan & Kecemasan
vii.
Jawatankuasa
Kerja Majlis Makan Malam
viii.
Jawatankuasa
Kerja Makanan & Minuman
ix.
Jawatankuasa
Kerja Teknikal Pertandingan dan Teknikal
x.
Jawatankuasa
Kerja Pendaftaran & Sokongan ICT
Pecahan Kontingen Mengikut Acara
Sukan
Chef de
Mission :
______________________________________________________
Ketua Kontingen :
______________________________________________________
Timb. Ketua Kontingen :
______________________________________________________
Pengurus Kontingen :
______________________________________________________
|
Bil.
|
Jenis Acara
|
Peserta (Lelaki)
|
Peserta (Wanita)
|
Jumlah
|
|
1
|
Bola Sepak
|
18
|
-
|
18
|
|
2
|
Golf
|
4
|
-
|
4
|
|
3
|
Bola Jaring
|
-
|
10
|
10
|
|
4
|
Bola Tampar ( L )
|
10
|
-
|
10
|
|
5
|
Badminton
|
4
|
3
|
7
|
|
6
|
Tenpin Bowling (L/W)
|
4
|
4
|
8
|
|
7
|
Dart
|
4
|
2
|
6
|
|
8
|
Karom
|
4
|
3
|
7
|
|
9
|
Batu Seremban
|
-
|
3
|
3
|
|
10
|
Congkak
|
-
|
3
|
3
|
|
11
|
Tarik Tali (L)
|
10
|
-
|
10
|
|
12
|
Larian 10km (L/W)
|
5
|
5
|
10
|
|
13
|
Ping Pong
|
4
|
3
|
7
|
|
14
|
*Memancing
|
TERBUKA
|
||
|
15
|
**Perbarisan
|
SEMUA ATLET
|
||
|
JUMLAH BESAR
|
67
|
36
|
103
|
|
*Terbuka kepada semua atlet. TIADA pungutan mata, hadiah
disediakan.
**Penyertaan kontingen akan diberi 1 mata. TIDAK
dipertandingkan.

No comments:
Post a Comment